Skip to main content

TeacherNet2U : Tips Persediaan Ramadhan


Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan kita menyambut bulan ramadhan. Persiapan dari segi lahiriah, ilmu dan juga fizikal juga penting sebelum bermulanya bulan yang penuh barakah ini.

Persediaan Fizikal. Apakah yang harus dilakukan dalam persiapan fizikal agar dalam keadaan yang optimum dan betul-betul bersedia.

  1. Lakukan latihan berpuasa(training). Antaranya adalah dengan amalan berpuasa sunat hari isnin dan khamis, sedikit demi sedikit (tidak semestinya setiap hari), sebelum menjelang puasa sebenar iaitu Ramadhan. Ini untuk memastikan perut boleh menyesuaikan fisiologinya dengan situasi berpuasa dan tidak terlalu ‘terkejut’ dengan puasa sebenar di bulan Ramadhan. Sekarang mungkin ramai (yang beragama Islam) sudah dapat mengaitkan kenapa kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Mulakan dengan membina momentum puasa itu.
  2. Pastikan untuk mengambil makanan yang tidak berat(ringan) 1-2 jam sebelum tidur (tetapi tidaklah terlalu mengenyangkan), terutamanya yang melibatkan karbohidrat kompleks seperti oat atau wholegrain. Diingatkan anda semua,  ini BUKAN sahur yer.
  3. Jangan termiss sekali pun mengabaikan sahur. Fokus juga kepada pengambilan karbohidrat kompleks seperti oat dan roti gandum penuh. Ambil jumlah protein yang mencukupi dan fokus kepada protein yang mempunyai rendah biological value seperti ayam, ikan, dan sumber kekacang. Bila untuk bersahur? Selewat yang mungkin, menghampiri waktu Imsak. Rancang waktu pemakanan sahur anda sebaik mungkin agar anda mempunyai masa yang mencukupi untuk makan semua makanan yang diperlukan. Jangan sampai dah azan pun selamba redah jer. (tetapi masih lagi sah puasanya, segera berhenti).
  4. Elakkan tabiat terus tidur sebaik habis menikmati sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman. Malah, sahur sudahpun dianggap seperti sarapan pagi anda dan makanan yang dinikmati sememangnya berat.
  5. Terdapat kajian yang menunjukkan gastrik juga adalah disebabkan kewujudan bakteria helicobacter pylori. Sebagai langkah berjaga-jaga, makan yoghurt ketika tempoh berbuka puasa. Yoghurt mengandungi kultur hidup berguna seperti Lactobacilus acidophilus dan bifidus, yang mampu menyesarkan kolonisasi h.pylori.
  6. Makan secara perlahan-lahan(ikut sunnah). Pastikan makanan dihancurkan sebetul-betulnya, sebelum ditelan. Lagi elok makan 40 kali kunyah baru telan. Aku pun pelahap jugak, ish2. Apa nak jadi nih.
  7. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis, petai dan kacang soya. Hindari makanan ini (jika sejarah lampau menunjukkan anda sememangnya cenderung untuk mendapat gastrik).
  8. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan secara berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
  9. Pastikan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah kalori seharian (DCR) pada sebelah malam. Contohnya, jika DCR anda ialah 1500kcal, anda harus makan melebihi 1000kcal sehari (pada sebelah malam) tidak kira walau apa pun yang terjadi.
  10. Dapatkan nasihat doktor. Senang jer sebenarnnya. Anda mungkin akan diberi pil berasaskan “Ranitidine hydrochloride” yang berfungsi menghalang penghasilan asid dalam perut, jika kes gastrik anda terlalu ketara dan parah.
Nah, insyallah puasa yang bakal kita hadapi ini nanti sepatutnya tiada masalah lagi untuk tingkatkan lagi ibadah kita, kecuali yang benar-benar uzur dan memang ada sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa. Sebarang pandangan, dan juga nota tambahan aku alu-alukan.

Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D 👉download Template Jadual👈 semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB 👉 TeacherNet2U 👈

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG

BELAJAR MAIN PIANO DENGAN MUDAH

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera semua. saya sini ingin berkongsi beberapa buah lirik lagu yang boleh dimainkan dengan menggunakan piano dengan mudah dan senang. Sesuai untuk mereka yang baru belajar bermain piano atau keyboard terutamanya anak-anak kita, murid tadika dan sekolah rendah. 😉 Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua 💖 contoh lirik muzik bagi pembelajaran main piano untuk dapatkan banyak lagi lirik lagu sila download di link bawah. cara mendownload (klik link dibawah, tunggu sehingga 5 saat, kemudian klik skip ad untuk mendownload) 👉 Download Lirik Lagu  👈 selamat mencuba 👌