Skip to main content

TIPS & PERSEDIAAN UNTUK IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK TAHUN 1



TIPS & PERSEDIAAN UTK IBU BAPA YG MEMPUNYAI ANAK TAHUN 1

Bila anak nak masuk ke tahun satu, ibu bapa pasti orang yang paling gembira dan teruja melihat anak berpakaian sekolah baru kan? Namun begitu jangan dilupa yang anak itu baru nak bergaul dengan beratus orang murid yang lain. Jadi pasti banyak masalah yang akan timbul di awal permulaan sekolah.

Jom ikuti tips & persediaan ini bagi memastikan anak berada lebih selamat di sekolah dan sesi pembelajaran setiap hari dapat berjalan dengan lancar.

1. LABELKAN SETIAP BARANGAN.

- Botol air, bekal makanan, pensil warna, bekas pensil dan lain-lain.

- Guna permanent marker kalau rajin, kalau malas boleh lah tempah sticker nama dan tampal. Kalau boleh, tampal sticker nama tu pada setiap batang pensil. Berapa sen sangat harga sticker berbanding pensil yang akan dihilangkan setiap hari kan?

2. AJAR ANAK CARA BUANG AIR DI TANDAS


- Segelintir murid tahun 1 ni, mereka buka je seluar depan tandas, tinggal seluar di situ lepastu masuk bogel je dalam tandas. Murid lelaki biasanya.

- Jangan lupa pesan pada anak supaya berani minta izin untuk ke tandas jika perlu. Masih ada murid tahun 1 malu dan takut nak minta izin ke tandas. Tau-tau ada bau jer. Azab cikgu yang kena basuh nanti. Hmmm.

3. TULIS NOMBOR TELEFON ANDA, ISTERI DAN WARIS YANG BOLEH DIHUBUNGI JIKA KECEMASAN

- Ini sangat PENTING!

- Letak dalam beg dan pastikan anak anda tahu maklumat itu wujud. Kalau boleh minta anak hafal nombor telefon ibubapa.

- Banyak berlaku situasi yang memerlukan guru menghubungi ibubapa, tapi tiada maklumat di dalam beg dan anak tidak hafal nombor telefon.

4. AJAR ANAK MEMBELI DIKANTIN


- Ajar mereka nilai wang dan TERIMA BAKI! Jangan terus pergi lepas serah duit pada pekerja kantin.

5. AJAR ANAK ANDA KENAL VAN YANG MEREKA AKAN NAIKI ATAU TUNJUKKAN MEREKA TEMPAT MENUNGGU KHAS BILA HABIS PERSEKOLAHAN

- Acap kali juga ibubapa dah nak sasau cari anak di sekolah. Sampai nangis-nangis tunggu anak di rumah tak sampai-sampai, datang cari di sekolah tak jumpa. Rupanya dia ikut kawan naik van/bas sekolah lain. Bertuah betul.

6. AJAR ANAK ANDA MENJAGA BARANG SENDIRI

- Satu penyakit kronik murid tahun 1 ini ialah tidak bertanggungjawab pada barang mereka sendiri. Pensil kalau jatuh mereka tak kutip dah. Padahal jatuh kat kaki je pun. Maklum la, pensel banyak. Lagi pun mereka masih terbiasa dengan budaya di Tadika atau Prasekolah. Di Tadika atau Pra, tak kutip tak apalah. Itu pensel sekolah. Itu belum kira buku teks yang ditinggal merata lagi. Hmmm.


F A K T A

- Setiap hari guru mengutip sebakul alat tulis tanpa nama dalam kelas. Bila ditanya, tiada yang mengaku.

- Setiap hari pasti ada botol air dan bekal makanan yang ditinggal di kantin tanpa nama dan tidak dituntut. Jenama mahal-mahal pula tu. Kaya betul kau orang kan? Setiap hari alat tulis dan botol air baru.

- Banyak kali terjadi kes murid tahun 1 pulang rumah lewat. Sampai jam 8-9 malam masih di sekolah akibat salah faham mak ayah. Ayah ingat mak dia ambil, mak dia pula ingat ayah yang ambil. Last-last melopong budak tu di sekolah, cikgu nak hubungi tiada maklumat.

- Selalu juga berlaku murid beli makanan harga RM1, tapi bagi duit RM5. Lepas serah duit, tak dan mak cik kantin nak pulang baki budak tu dah lesap. Pastu mula ibu bapa tuduh mak cik kantin tipu budak. Padahal budak tu yang tak tunggu baki. Mak cik kantin nak layan beratus orang lagi murid nak membeli, tak dan nak kejar sorang murid bagi baki. Tolong ajar ya.

Ingat! Anak kita, tanggungjawab kita. Selamat menempuh sesi persekolahan 2018 buat semua murid dan pelajar.



😊semoga bermanfaat😊
jangan lupa like page kami di FB πŸ‘‰TeacherNet2UπŸ‘ˆ
Jangan lupa ShareπŸ‘
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D πŸ‘‰download Template JadualπŸ‘ˆ semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB πŸ‘‰ TeacherNet2U πŸ‘ˆ

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG

BELAJAR MAIN PIANO DENGAN MUDAH

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera semua. saya sini ingin berkongsi beberapa buah lirik lagu yang boleh dimainkan dengan menggunakan piano dengan mudah dan senang. Sesuai untuk mereka yang baru belajar bermain piano atau keyboard terutamanya anak-anak kita, murid tadika dan sekolah rendah. πŸ˜‰ Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua πŸ’– contoh lirik muzik bagi pembelajaran main piano untuk dapatkan banyak lagi lirik lagu sila download di link bawah. cara mendownload (klik link dibawah, tunggu sehingga 5 saat, kemudian klik skip ad untuk mendownload) πŸ‘‰ Download Lirik Lagu  πŸ‘ˆ selamat mencuba πŸ‘Œ