JAGA-JAGA DITIPU SEMASA MENCARI KERJA ONLINE


Awas ditipu semasa mencari kerja. Zaman sekarang ni memang banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menipu mereka yang sedang mencari kerja.
Bila dalam keadaan terdesak belum bekerja, kadang-kadang kita akan kurang berhati-hati dalam mencari kerja kosong. Apapun sanggup dilakukan untuk mendapatkan pekerjaan.
Namun, sudah sewajarnya kita perlu menggunakan logik dan berpikir secara rasional agar tidak terjebak dalam penipuan kerja.
Oleh kerana itu kami ingin kongsikan bagaimana cara untuk anda elakkan diri daripada ditipu.
Ciri-ciri Jawatan Kosong Penipu
Disini kami senaraikan ciri-ciri jawatan kosong yang harus anda berhati-hati.
1.  Mereka akan meminta wang sebelum memproses permohonan atau latihan anda.



2. Memanggil anda untuk ditemuduga dan akhirnya membuat ceramah untuk menyertai program MLM atau jualan Piramid ( Jangan terpengaruh dengan kata-kata manis mereka)

3. Syarikat atau company yang meragukan atau jawatan yang mengelirukan tidak mempunyai sebarang laman sesawang rasmi yang sah.

4. Jawatan kosong yang meragukan dan memberikan kadar gaji yang tidak masuk akal dan tidak setaraf dengan kelayakan.

5. Tidak mempunyai alamat rasmi atau enggan untuk menyatakan no pejabat dan alamat pejabat.

Kelima-lima ciri-ciri diatas adalah ciri-ciri jawatan kosong yang cuba untuk menipu anda. Jika anda menjumpai ciri-ciri ini semasa memohon jawatan kosong anda harus berhati-hati atau terus tinggalkan mereka ini.

Sebelum ini kami ada menulis mengenai beberapa platform buat anak muda di luar sana yang masih mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka dan dipercayai selamat. Anda boleh baca artikel tersebut di pautan dibawah.


Kami juga ada kongsikan beberapa kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan walaupun tanpa memiliki ijazah. Di Malaysia untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, kelulusan minima yang perlu dipenuhi adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

😊semoga bermanfaat😊
jangan lupa like page kami di FB πŸ‘‰TeacherNet2UπŸ‘ˆ
Jangan lupa ShareπŸ‘

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Popular posts from this blog

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

BELAJAR MAIN PIANO DENGAN MUDAH