Skip to main content

"PEMBUNUH SENYAP!!!"



“Konkusi Boleh Mengganggu Persiapan Fizikal, Mental Dan Pencapaian Sukan Seseorang Atlet”

Ramai beranggapan bahawa sukan bercorak fizikal seperti ragbi, tinju dan bola sepak mampu menyumbang kepada konkusi (concussion) apatah lagi apabila pemain kerap berdepan dengan insiden pelanggaran, rempuhan atau berlaga baik sesama pemain atau objek di padang.

Impak disebabkan konkusi mungkin tidak menyebabkan kecederaan luaran seperti luka atau bengkak tetapi jika tidak ditangani dengan baik, ia mungkin menjejaskan karier seseorang atlet.

“Konkusi adalah kecederaan otak yang menyebabkan gangguan terhadap fungsi otak,” demikian kata Pakar Perubatan Sukan Pusat Sukan Prestasi Tinggi, Bahagian Podium Institut Sukan Negara (ISN), Dr Azril Syazwan Mohd Ali.
Menurut Dr Azril, ia boleh berlaku apabila mekanisma kecederaan memberi impak secara terus ke bahagian kepala atau tidak terus (melalui gegaran dari bahagian badan yang lain).

Kecederaan ini menyebabkan simptom dan tanda fizikal tertentu, lazimnya tidak melibatkan seseorang atlet itu pengsan dan mempunyai spektrum kecederaan yang lebih luas.

“Konkusi boleh dikesan apabila terdapat simptom dan tanda fizikal selepas impak kecederaan seperti gangguan ingatan, masalah imbangan badan atau perubahan tingkah laku. Ujian imbasan otak selepas konkusi selalunya adalah normal,” kata beliau.

Berikutan itu, masalah utama yang perlu diberi perhatian berkaitan kecederaan konkusi adalah:
Risiko kecederaan otak adalah serius dan boleh menyebabkan kematian serta berpotensi meningkatkan enam kali ganda risiko kecederaan yang lain    sekiranya masih meneruskan aktiviti selepas mengalami konkusi.

Kadar kesederaan yang rendah di kalangan masyarakat untuk mengenalpasti tanda-tanda konkusi apabila ia berlaku.
Kadar pengetahuan dan kemahiran yang rendah termasuk dalam kalangan pengamal perubatan untuk menguruskan kecederaan konkusi.

Kesan jangka panjang yang menyebabkan potensi masalah neurologi serius disebabkan konkusi berulang masih tidak diketahui secara mendalam.

Selain mengancam keselamatan dan kesihatan atlet, konkusi boleh mengganggu persiapan fizikal, mental dan pencapaian sukan.

Apa yang pasti menurut Dr Azril, aktiviti sukan menyumbang satu daripada lima kes kecederaan berkaitan konkusi yang membabitkan kemasukan ke hospital.

“Hampir setiap sukan boleh menyumbang kepada kecederaan disebabkan elemen sentuhan (contact) yang berlaku dalam mekanisma kecederaan sukan,” katanya.


Jelasnya sukan paling berisiko untuk kecederaan konkusi membabitkan sukan tempur (contoh tinju dan taekwondo), rempuhan ( American football dan ragbi) dan berimpak tinggi (berkuda dan permotoran).

“Walaubagaimanapun, risiko kecederaan konkusi adalah lebih luas, bukan sahaja boleh berlaku semasa pertandingan malah boleh berlaku semasa sesi latihan. Malah, risiko kecederaan konkusi turut merangkumi semua peringkat umur atlet dan pelbagai keadaan penyeliaan permainan,” kata Dr Azril.

😊semoga bermanfaat😊
jangan lupa like page kami di FB πŸ‘‰TeacherNet2UπŸ‘ˆ
Jangan lupa ShareπŸ‘
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D πŸ‘‰download Template JadualπŸ‘ˆ semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB πŸ‘‰ TeacherNet2U πŸ‘ˆ

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG

BELAJAR MAIN PIANO DENGAN MUDAH

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera semua. saya sini ingin berkongsi beberapa buah lirik lagu yang boleh dimainkan dengan menggunakan piano dengan mudah dan senang. Sesuai untuk mereka yang baru belajar bermain piano atau keyboard terutamanya anak-anak kita, murid tadika dan sekolah rendah. πŸ˜‰ Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua πŸ’– contoh lirik muzik bagi pembelajaran main piano untuk dapatkan banyak lagi lirik lagu sila download di link bawah. cara mendownload (klik link dibawah, tunggu sehingga 5 saat, kemudian klik skip ad untuk mendownload) πŸ‘‰ Download Lirik Lagu  πŸ‘ˆ selamat mencuba πŸ‘Œ