Skip to main content

KEMAHIRAN BELAJAR: BANYAKNYA… NAK BACA YANG MANA SATU NI?


Assalamualaikum wth...


“Banyaknya..Nak baca yang mana satu ni?”. Itulah ayat yang sering kali terdetik apabila kita selak  buku nak baca, Kan? Mula-mula dah semangat nak belajar, tapi melihatkan tebalnya buku yang perlu dibaca, terus lemah jadinya. Tambahan pula dengan deretan perkataan-perkataan, langsung patah semangat. Silap-silap, tutup terus buku yang nak baca awalnya tadi.

     Yang menjadi masalahnya kalau tak baca, tak boleh jawab “exam” nanti. Tapi, kalau nak baca, terlalu banyak, akan ingat semua ke? Masalah ni semakin bertambah runcing apabila pelajar semakin menghampir tarikh peperiksaan. Nak habiskan semua bacaan dalam waktu yang singkat. Untuk itu, jom ikuti tips belajar daripada Admin berkenaan isu “Banyaknya..Nak Baca  Yang  Mana Satu Ni?”

1. Baca Idea, Bukan Perkataan

     Kebanyakan pelajar terkeliru bagaimana hendak ingat sesuatu yang dibaca. Mereka sering menghafal terus ayat yang dipetik daripada teks bacaan. Bukan tak boleh, tapi banyak yang nak diingat kalau macam tu. Sebenarnya Yang banyak itu hanyalah perkataan tambahan, seperti “yang”, “dan”, “dia”, “mulanya” dan banyak lagi perkataan lain. Yang merupakan isi penting mungkin hanya beberapa perkataan sahaja...  Jadi, jika ayat seperti ini “Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. “, isi sebenarnya hanyalah Mat Kilau matang dan disegani.. Jadi, baca idea, bukan perkataan. Hafal idea, bukan perkataan atau ayat.

2. Baca Awal

     Jika semua pembacaan nak disumbat sekaligus, memang terasa banyak jadinya. Oleh yang demikian, amalkan bacaan berperingkat. Pepatah “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” amatlah sesuai menggambarkan idea ini. Pembacaan sekaligus akan menyebabkan otak anda tidak mempunya masa yang cukup untuk menyusun, memahami dan menyimpan apa yang anda baca. Bila terkejar dengan masa, mulalah kalut dan stress.  Faktor tekanan menjadi punca utama otak menghadapi masalah menyusun, memahami dan menyimpan data anda. Maka, bacalah berperingkat, dari awal tahun sehinggalah waktu peperiksaan, nescaya anda akan lebih mudah faham, mudah ingat dan tidak tertekan.

 3. Papan Cerita

     Teknik ini menjadikan pembacaan anda lebih menarik dan efektif. Melihatkan deretan perkataan-perkataan dalam buku teks Sejarah umpamanya, membuatkan pelajar terasa bosan dan mengantuk. Apa yang boleh dilakukan ialah menukarkan teks tersebut ke dalam bentuk papan cerita. Kan lagi best? Contohnya, teks berkenaan pertarungan antara Rentap dan British di Sarawak boleh diubah ke dalam bentuk kartun dan story board. Dengan cara ini, anda tidak membaca dan menghafal perkataan tetapi mengingati cerita. Kan lagi senang nak ingat cerita. Cubalah, best sangat jika belajar Sejarah dengan cara ini. Subjek-subjek lain pun boleh juga. Serlahkan kreativiti anda!

4. Baca Peta Minda/Konsep


     Salah satu cara untuk mengelakkan anda daripada membaca banyak ialah memahami peta minda/konsep yang disediakan di setiap bab. Anda mungkin tidak perlu membaca semua dalam bab tersebut kerana anda mampu menjangkakan isi-isi yang akan ditemui apabila membaca kelak jika anda memahami peta minda/konsep tersebut. Selain itu, tatkala anda membaca, anda menjadi semakin faham dan mudah untuk belajar. Ini kerana anda hanya perlu menyambungkan isi-isi daripada peta minda/konsep tadi sahaja. Ianya seperti anda telah siap 60% “jigsaw puzzle” anda, cuma nak masukkan kepingan-kepingan “puzzle” yang tertinggal sahaja. Dengan ini, anda telah menjimatkan masa dan tenaga daripada membaca deretan perkataan dalam bab tersebut.

      Kesimpulannya, untuk berjaya dalam pembelajaran para pelajar perlu belajar dan perlu belajar cara nak belajar. Mengetahui cara belajar yang betul dan efektif dapat membantu menjadikan pembelajaran anda lebih berkesan. Bila belajar dah berkesan, Insyaallah “result” pun gempak la jadinya.Jika para pelajar mempunyai persoalan dan permasalahan tentang skil belajar, sudilah berkongsi dengan Admin di  Jadi, Admin ucapkan All the best and Have fun studying!

Hustle up and Be GREAT!

Salam transformasi daripada,
TEACHERNET2U

😊semoga bermanfaat😊
jangan lupa like page kami di FB 👉TeacherNet2U👈
Jangan lupa Share👍
👇👇👇

Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D 👉download Template Jadual👈 semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB 👉 TeacherNet2U 👈

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG

BELAJAR MAIN PIANO DENGAN MUDAH

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera semua. saya sini ingin berkongsi beberapa buah lirik lagu yang boleh dimainkan dengan menggunakan piano dengan mudah dan senang. Sesuai untuk mereka yang baru belajar bermain piano atau keyboard terutamanya anak-anak kita, murid tadika dan sekolah rendah. 😉 Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua 💖 contoh lirik muzik bagi pembelajaran main piano untuk dapatkan banyak lagi lirik lagu sila download di link bawah. cara mendownload (klik link dibawah, tunggu sehingga 5 saat, kemudian klik skip ad untuk mendownload) 👉 Download Lirik Lagu  👈 selamat mencuba 👌