Skip to main content

10 TIPS MENGHILANGKAN RASA MENGANTUK DI KELAS


Assalamualaikum wth…✌
Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, kami ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!!!

  
1. Set Niat:

     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.


2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, tension dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.


3. Catat Nota:


      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan flow ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.


4. Kawal Pernafasan:


      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.


5. Postur Badan:


      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.


6. “Refresh” Visual:


      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.


7. Gerakkan Badan:


      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.


8. Minum Air:


      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:


      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan: 



     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!

😊semoga bermanfaat😊
jangan lupa like page kami di FB 👉TeacherNet2U👈
Jangan lupa Share👍


👇👇👇

Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D 👉download Template Jadual👈 semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB 👉 TeacherNet2U 👈

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG

BELAJAR MAIN PIANO DENGAN MUDAH

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera semua. saya sini ingin berkongsi beberapa buah lirik lagu yang boleh dimainkan dengan menggunakan piano dengan mudah dan senang. Sesuai untuk mereka yang baru belajar bermain piano atau keyboard terutamanya anak-anak kita, murid tadika dan sekolah rendah. 😉 Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua 💖 contoh lirik muzik bagi pembelajaran main piano untuk dapatkan banyak lagi lirik lagu sila download di link bawah. cara mendownload (klik link dibawah, tunggu sehingga 5 saat, kemudian klik skip ad untuk mendownload) 👉 Download Lirik Lagu  👈 selamat mencuba 👌