Skip to main content

TIPS AKHIR PERSEDIAAN SEBELUM MENEMPUH UPSR



Sebelum PEPERIKSAAN UPSR bermula, rakan cikgu ada kongsikan tips yang boleh IBU BAPA semak pada ANAK-ANAK yang bakal menduduki UPSR dalam masa beberapa hari lagi.. Yang baik jadikan teladan.. Yang buruk jadikan sempadan....


1. Gunakan pensel 2B sebenar, dan bukan pensil mekanikal untuk menjawab soalan.
Kalau boleh, sediakan pensel 2B yang berkualiti terbaik, atau 'exam grade'. Kadang tulisan tak berapa jelas dan akan menyukar pegawai pemeriksa kertas.

2. Haramkan terus penggunaan pensel mekanikal, kerana penggunaan pensel ini akan buang masa anak-anak ketika menjawab soalan.
Apabila mata pensel mekanikal habis, ia akan bazirkan masa jawab peperiksaan semata-mata untuk masukkan isi dakwat pensel mekanikal tersebut.

3. Latih pelajar untuk menulis dengan tulisan yang jelas dan terang. Jika tulisan tidak cantik, sukar dibaca, tidak terang dan tunggang-langgang, kesannya akan menyebabkan pemeriksa sukar nak baca jawapan yang ditulis.
Jika pemeriksa tidak faham, kemungkinan pelajar akan kehilangan markah yang berharga.

4. Untuk kertas I sains
i.  Baca dan fahami soalan
ii. Gariskan kata kunci pada soalan
iii.Buang atau potong jawapan penganggu/jawapan yang salah
iv.Pilih jawapan yang paling tepat
v. Pindahkan dan hitam jawapan yang betul ke dalam kertas jawapan - OMR

Untuk kertas II sains, ada kata kunci tertentu yang memberikan markah.
Pastikan anak-anak berlatih menjawab soalan sains menggunakan kata kunci ini, dan menulisnya dengan baik.

5. Gunakan pemadam yang berkualiti terbaik, kerana ada pelajar yang memadam satu-satu kesalahan sehingga mengoyakkan kertas.
Cara padam yang tidak betul juga akan membuatkan kertas jawapan jadi comot.
Pemeriksa kertas soalan/jawapan juga seorang manusia, dan pastinya mereka lebih senang memeriksa kertas yang kemas dan tidak comot.

6. Pelajar-pelajar atau calon UPSR perlu dilengkapkan dengan set alat tulis yang lengkap. Sila semak set kelengkapan ini setiap hari sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

7. Latih anak-anak untuk melihat masa. Masa adalah 'killer'. Latih anak-anak untuk menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan.
Kata cikgu sekolah, ramai pelajar yang tidak tahu membahagi masa menjawab soalan lalu menyebabkan banyak soalan tidak terjawab di dalam masa yang ditetapkan.

8. Mengikut info yang diberikan oleh cikgu, turutan soalan adalah berkaitan antara satu sama lain. Maka, anak-anak perlu faham soalan dengan baik. Soalan kedua dan seterusnya akan mudah dijawab andai soalan pertama dijawab dengan betul dan tepat (dalam set soalan yang diberikan).

9. Sila hadir ke sekolah setiap hari tanpa ponteng. Setiap hari akan ada maklumat dan tips penting mengenai peperiksaan UPSR yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru seluruh Malaysia.

10. Dalam peperiksaan Bahasa Melayu, pelajar perlu pastikan bahawa tanda-tanda seperti noktah, sengkang, tanda seruan, tanda soal dan sebagainya ditulis dengan terang dan jelas. Tanda-tanda ini penting bagi memastikan jawapan yang diberikan itu betul, tepat, jelas maksudnya.

11. Untuk soalan matematik, pelajar perlu menggunakan daya penyelesaian masalah. Jangan berfikir terlalu lama untuk mendapatkan penyelesaian.
Lihat pada kata kunci soalan, contohnya - bakinya, perbezaannya, cari jumlahnya, berapa puratanya, untung, rugi, diskaun. Fikirkan jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.

12. Pastikan pelajar menggunakan tanda, titik perpuluhan, dengan betul. Tulis dengan jelas dan terang. Kesilapan tertinggal titik perpuluhan boleh menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah, walaupun cara kira adalah betul!

13. Untuk soalan matematik yang melibatkan unit seperti kg, gram, meter, centimeter, minit, jam dan sebagainya; pastikan ia ditukar kepada unit yang dimahukan dalam soalan.
Jangan lupa meletakkan unit-unit ini dalam jalan kira-kira penyelesaian masalah serta paling penting, ia mesti diletakkan pada jawapan akhir.

14. Tulis jawapan dengan jarak perkataan atau nombor yang sesuai. Jika terlalu jarak, ia akan menyebabkan ruang untuk menjawab soalan tidak cukup. Apabila ini berlaku, kemungkinan jawapan diberikan tidak berapa jelas di mata pemeriksa. Pelajar mungkin diberikan markah kosong atau markah penuh jawapan akan dipotong kerana masalah ini.

15. Sebelum peperiksaan, ketatkan jadual ulangkaji. Hindarkan segala gangguan terutama gajet atau akses ke internet. Benda-benda ini akan mengurangkan daya ingatan mereka terhadap segala persiapan dan ulangkaji.

16. Buat ibu bapa, kurangkan aktiviti yang tiada kaitan dengan peperiksaan UPSR anak; contohnya pergi bercuti, melancong dan sebagainya. Kalau terpaksa, minta anak-anak membawa buku ulangkaji.

17. Pastikan kesihatan anak-anak sentiasa baik, lebih-lebih lagi menjelang dan semasa peperiksaan.

18. Berikan makanan terbaik yang bagus untuk minda dan kecerdasan. Makanan seperti kismis, buah kurma patut dijadikan menu pagi harian.

19. Elakkan anak-anak dari makan dan minum makanan ringan serta minuman bergas

20. Elakkan makan kepala ikan. Lebihkan pada sayuran dan buah-buahan segar.

21. Tidur dan dapatkan rehat yang secukupnya. Badan perlu rehat supaya dapat bekerja dengan baik. Otak yang telah digunakan semaksima ketika ulangkaji perlu disegarkan dengan tidur yang cukup.

22. Solat lima waktu perlu dijaga. Bukan sahaja oleh anak-anak yang bakal ambil peperiksaan UPSR tetapi juga ibu bapa.

23. Buat solat sunat hajat dan sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT supaya diberikan kemudahan, baik.

24. Mohon ampun maaf pada guru dan ibubapa serta berdoa sebelum masuk dewan peperiksaan. Ucapkan alhamdulillah, selesai menjawab soalan peperiksaan.

"Selamat maju jaya untuk semua CALON UPSR 2018"


😊semoga bermanfaat😊
jangan lupa like page kami di FB πŸ‘‰TeacherNet2UπŸ‘ˆ
Jangan lupa ShareπŸ‘
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D πŸ‘‰download Template JadualπŸ‘ˆ semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB πŸ‘‰ TeacherNet2U πŸ‘ˆ

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Pada tahun 2015, Program Pembangunan Guru Baharu dibangunkan bertujuan untuk membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PPGB DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Download garis panduan PPGB ↓ πŸ‘‰ GARIS PANDUAN PPGB πŸ‘ˆ disini juga saya sertakan contoh fail PPGB lengkap yang boleh digunakan oleh guru-guru baharu mengikut panduan yang telah ditetapkan. Download fail PPGB Full cara download  (Tekan link dibawah, tunggu 5 saat dan klik  skip ad  untuk memuat turun) ↓↓↓ FAIL PPGB semoga perkongsian ini membawa kebaikan kepada semua πŸ‘ŒπŸ˜‰

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG