Skip to main content

MERANCANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Merancang 10 malam terakhir Ramadhan

10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul-Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan.

Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang bererti kita merancang untuk gagal.

Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini:

1. Qiam dengan menunaikan solat sunat. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang qiam pada lailatul-qadar dengan iman dan ihtisab, diampunkan dosanya yang lalu.” (Al-Bukhari)
Qiam merupakan aktiviti yang paling utama kerana dengan qiam itulah dijanjikan pengampunan dosa yang lalu.

2. Iktikaf. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf 10 malam terakhir Ramadhan. Dan pada tahun terakhir sebelum baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

3. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 malam terakhir. Ini kerana Nabi s.a.w. memberikan sepenuh tumpuan untuk beribadah pada 10 malam terakhir. Baginda menghidupkan seluruh malamnya dengan ibadah, membangunkan ahli keluarganya dan mengemaskan ikatan kain sarungnya. Ini digambarkan oleh Sayyidatuna Aisyah r.a. dengan katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh di dalam ibadah pada 10 malam terakhir lebih daripada apa yang dilakukan pada malam-malam yang lain.” (Muslim)
Beliau juga berkata: “Apabila masuk 10 malam terakhir, baginda mengemaskan ikatan kain sarungnya dan menghidupkan seluruh malamnya serta membangunkan ahli keluarganya.” (Muttafaq ‘alaih)

4. Tilawah al-Quran. Setiap orang daripada kita mempunyai kemampuan yang berbeza di dalam bacaannya. Jadi rancanglah mengikut kemampuan sendiri. Di samping itu kita boleh juga menambah beberapa surah yang mempunyai kelebihan tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Idza zulzilat menyamai ½  al-Quran, qul hua Allah menyamai 1/3  al-Quran dan qul ya ayyuhal kafirun menyamai ¼ al-Quran.” (Riwayat At-Tirmizi daripada Ibn Abbas r.a.) Berdasarkan hadis ini, sesiapa yang membaca surah al-zalzalah dua kali, al-kafirun 4 kali dan al-Ikhlas 3 kali menyamai tiga kali khatam al-Quran.

5. Berdakwah. Dakwah bererti mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya. Usaha yang sangat besar ganjarannya dan berterusan sampai ke hari qiamat. Maka senarikan beberapa potong ayat / hadis / tazkirah yang baik dan sebagainya. Setiap malam hantarkan satu ayat kepada kawan-kawan di dalam group WhataApp dan sebagainya. Satu malam daripada 10 itu berbetulan Lailatul-Qadar, maka kita dapat ganjaran seperti berdakwah lebih daripada 1000 bulan.



6. Bersedekah. Pastikan setiap malam diperuntukan sedekah walaupun sedikit. Senaraikan 10 individu atau organisasi yang layak menerima sedekah serta no akaun banknya supaya senang untuk kita masukkan secara online setiap malam satu orang / satu pertubuhan.

7. Taja iftar. Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam. Ingat! Lailatul-Qadar bermula dengan masuknya waktu maghrib.

8. Menghubungkan silaturrahim. Setiap malam, cuba hubungi ibu bapa, saudara mara khususnya yang telah lama tidak ditemui

9. Beristighfar, berzikir, berselawat ke atas nabi.

10. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah / tazkirah dan lain-lain. Ilmu mengangkat darjat seseorang di sisi Allah s.w.t. (Al-Mujadalah:11)

11. Membanyakkan doa. Doa yang diajar oleh Nabi s.a.w. kepada Aisyah r.a. 
      Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ₯Ω†Ωƒ عفو ΨͺΨ­Ψ¨ Ψ§Ω„ΨΉΩΩˆ فاعف ΨΉΩ†ΩŠ




Ini hanyalah suatu cadangan daripada seorang hamba yang mengharap belas ihsan Tuhannya agar termasuk dalam kalangan hamba-hambaNya yang mendapat anugerah Lailatul-Qadar.

Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya insyaaAllah akan berbetulan dengan malam istimewa itu.

Maka untuk amalan kita pada malam itu: solat, tilawah, istighfar, doa, sedekah, dakwah dan lain-lain ganjarannya seperti beramal selama 1000 bulan! Aduhai alangkah ruginya kalau ia terlepas. Lantaran itu Nabi s.a.w. mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang diharamkan dari mendapat kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah diharamkan dari mendapat kebaikan seluruhnya. Dan tidak ada orang yang diharamkan dari kebaikannya kecuali orang yang benar-benar diharamkan kebaikan untuknya.” Riwayat Ibn Majah



Kredit : Ustazah Maznah Daud

jangan lupa like page kami di FB πŸ‘‰TeacherNet2UπŸ‘ˆ
Jangan lupa ShareπŸ‘
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D πŸ‘‰download Template JadualπŸ‘ˆ semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB πŸ‘‰ TeacherNet2U πŸ‘ˆ

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Pada tahun 2015, Program Pembangunan Guru Baharu dibangunkan bertujuan untuk membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PPGB DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Download garis panduan PPGB ↓ πŸ‘‰ GARIS PANDUAN PPGB πŸ‘ˆ disini juga saya sertakan contoh fail PPGB lengkap yang boleh digunakan oleh guru-guru baharu mengikut panduan yang telah ditetapkan. Download fail PPGB Full cara download  (Tekan link dibawah, tunggu 5 saat dan klik  skip ad  untuk memuat turun) ↓↓↓ FAIL PPGB semoga perkongsian ini membawa kebaikan kepada semua πŸ‘ŒπŸ˜‰

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG