Skip to main content

TIPS SIHAT DAN AWET MUDA



*TIPS SIHAT DAN AWET MUDA*
.
1. *Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.*

2. *TIADA GULA. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.*

*Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.*
*Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.*

*Banyakkan sayur dan buah buahan.*

3. *Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.*

4. *Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.*

5. *Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.*

*Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin  dan Khamis. Dua hari itu puasa.*

6. *Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.*

7. *Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.*

8. *Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.*

9. *Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.*

10. *Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat langau" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.*

11. *Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.*

12. *Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.*

13. *Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.*


Popular posts from this blog

TEMPLATE jADUAL WAKTU kELAS DAN GURU XD

Mari dapatkan Template jadual waktu guru dan kelas yang menarik dan menawan :D CONTOH TEMPLATE JADUAL WAKTU KELAS 😍 Untuk dapatkan lebih lagi templet untuk saiz A4, sila klik link dibawah :D πŸ‘‰download Template JadualπŸ‘ˆ semoga membantu jangan lupa untuk like page kami di FB πŸ‘‰ TeacherNet2U πŸ‘ˆ

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Pada tahun 2015, Program Pembangunan Guru Baharu dibangunkan bertujuan untuk membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PPGB DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Download garis panduan PPGB ↓ πŸ‘‰ GARIS PANDUAN PPGB πŸ‘ˆ disini juga saya sertakan contoh fail PPGB lengkap yang boleh digunakan oleh guru-guru baharu mengikut panduan yang telah ditetapkan. Download fail PPGB Full cara download  (Tekan link dibawah, tunggu 5 saat dan klik  skip ad  untuk memuat turun) ↓↓↓ FAIL PPGB semoga perkongsian ini membawa kebaikan kepada semua πŸ‘ŒπŸ˜‰

KOLEKSI BUKU PROGRAM

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera :) Berikut kami ingin kongsikan hasil inisiatif cikgu-cikgu dari seluruh Malaysia berkenaan  beberapa template Buku Program berformat Microsoft Publisher, Pdf dan Word untuk jadi sumber rujukan guru-guru lain. Antara buku-buku program yang dikongsikan adalah seperti berikut: untuk   mendownload  BUKU-BUKU PROGRAM ,  boleh klik link dibawah. cara mendownload  (klik link dibawah, tunggu 5 saat dan skip ad untuk muat turun) BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BUKU PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BUKU PROGRAM AWAL REMAJA BUKU PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BUKU PROGRAM BALAPAN PADANG BUKU PROGRAM BENGKEL BUKU LIBRARY BUKU PROGRAM HARI KANAK-KANAK BUKU PROGRAM KHATAM QURAN BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BUKU PROGRAM MERDEKA RAYA BUKU PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG BUKU PROGRAM HI TEA GURU-GURU BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKU PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PENG