TIPS & PERSEDIAAN UTK IBU
BAPA YG MEMPUNYAI ANAK TAHUN 1
Bila anak nak masuk ke tahun
satu, ibu bapa pasti orang yang paling gembira dan teruja melihat anak
berpakaian sekolah baru kan? Namun begitu jangan dilupa yang anak itu baru nak
bergaul dengan beratus orang murid yang lain. Jadi pasti banyak masalah yang
akan timbul di awal permulaan sekolah.
Jom ikuti tips & persediaan
ini bagi memastikan anak berada lebih selamat di sekolah dan sesi pembelajaran
setiap hari dapat berjalan dengan lancar.
1. LABELKAN SETIAP BARANGAN.
- Botol air, bekal makanan,
pensil warna, bekas pensil dan lain-lain.
- Guna permanent marker kalau
rajin, kalau malas boleh lah tempah sticker nama dan tampal. Kalau boleh,
tampal sticker nama tu pada setiap batang pensil. Berapa sen sangat harga
sticker berbanding pensil yang akan dihilangkan setiap hari kan?
2. AJAR ANAK CARA BUANG AIR DI
TANDAS
- Segelintir murid tahun 1 ni,
mereka buka je seluar depan tandas, tinggal seluar di situ lepastu masuk bogel
je dalam tandas. Murid lelaki biasanya.
- Jangan lupa pesan pada anak
supaya berani minta izin untuk ke tandas jika perlu. Masih ada murid tahun 1
malu dan takut nak minta izin ke tandas. Tau-tau ada bau jer. Azab cikgu yang
kena basuh nanti. Hmmm.
3. TULIS NOMBOR TELEFON ANDA,
ISTERI DAN WARIS YANG BOLEH DIHUBUNGI JIKA KECEMASAN
- Ini sangat PENTING!
- Letak dalam beg dan pastikan
anak anda tahu maklumat itu wujud. Kalau boleh minta anak hafal nombor telefon
ibubapa.
- Banyak berlaku situasi yang
memerlukan guru menghubungi ibubapa, tapi tiada maklumat di dalam beg dan anak
tidak hafal nombor telefon.
4. AJAR ANAK MEMBELI DIKANTIN
- Ajar mereka nilai wang dan
TERIMA BAKI! Jangan terus pergi lepas serah duit pada pekerja kantin.
5. AJAR ANAK ANDA KENAL VAN YANG
MEREKA AKAN NAIKI ATAU TUNJUKKAN MEREKA TEMPAT MENUNGGU KHAS BILA HABIS
PERSEKOLAHAN
- Acap kali juga ibubapa dah nak
sasau cari anak di sekolah. Sampai nangis-nangis tunggu anak di rumah tak
sampai-sampai, datang cari di sekolah tak jumpa. Rupanya dia ikut kawan naik
van/bas sekolah lain. Bertuah betul.
6. AJAR ANAK ANDA MENJAGA BARANG
SENDIRI
- Satu penyakit kronik murid
tahun 1 ini ialah tidak bertanggungjawab pada barang mereka sendiri. Pensil
kalau jatuh mereka tak kutip dah. Padahal jatuh kat kaki je pun. Maklum la,
pensel banyak. Lagi pun mereka masih terbiasa dengan budaya di Tadika atau
Prasekolah. Di Tadika atau Pra, tak kutip tak apalah. Itu pensel sekolah. Itu
belum kira buku teks yang ditinggal merata lagi. Hmmm.
F A K T A
- Setiap hari guru mengutip
sebakul alat tulis tanpa nama dalam kelas. Bila ditanya, tiada yang mengaku.
- Setiap hari pasti ada botol
air dan bekal makanan yang ditinggal di kantin tanpa nama dan tidak dituntut.
Jenama mahal-mahal pula tu. Kaya betul kau orang kan? Setiap hari alat tulis
dan botol air baru.
- Banyak kali terjadi kes murid
tahun 1 pulang rumah lewat. Sampai jam 8-9 malam masih di sekolah akibat salah
faham mak ayah. Ayah ingat mak dia ambil, mak dia pula ingat ayah yang ambil.
Last-last melopong budak tu di sekolah, cikgu nak hubungi tiada maklumat.
- Selalu juga berlaku murid beli
makanan harga RM1, tapi bagi duit RM5. Lepas serah duit, tak dan mak cik kantin
nak pulang baki budak tu dah lesap. Pastu mula ibu bapa tuduh mak cik kantin
tipu budak. Padahal budak tu yang tak tunggu baki. Mak cik kantin nak layan
beratus orang lagi murid nak membeli, tak dan nak kejar sorang murid bagi baki.
Tolong ajar ya.
Ingat! Anak kita, tanggungjawab
kita. Selamat menempuh sesi persekolahan 2018 buat semua murid dan pelajar.
πsemoga bermanfaatπ
Jangan lupa Shareπ
πππ