PETUA HALAU TIKUS
Tikus adalah salah satu agen penyakit
dan perosak kebanyakkan suri rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah
melihatnya juga sudah menggelikan.
Jadi bagaimanakah caranya untuk
menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah boleh membawa
maut.
1. DAUN PANDAN
Daun pandan bertindak sebagai agen
pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan.
Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang
mahal.
Letakkan daun semambu di laluan tikus.
Ianya juga boleh merawat demam.
3. DAUN DURIAN BELANDA
Caranya letakkan beberapa helai daun di
tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2
atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di
dalam almari pakaian.
Insya-Allah, tikus tidak akan datang
lagi.
Letak jering dengan tangkai-tangkainya
sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.
5. SERBUK LADA HITAM
Taburkan serbuk lada hitam di tempat
ada tikus atau laluan tikus itu.
6. BUAH PONG-PONG
Buah Pong-Pong juga boleh digunakan
untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus.
Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama
buah Pong-Pong, boleh dapatkan
maklumat lanjut dari Wikipedia.
Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun.
Jangan dimakan.
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu.
Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di
kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat
menghalau tikus.
8. MINYAK PUDINA
Sapukan minyak pudina pada kain dan
letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus
tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina.
9. KAPUR BARUS
Hancurkan beberapa kapur barus
(kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu.
Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur
barus yang cukup menyengat.
Cuma petua halau tikus menggunakan
kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat
itu adalah gula-gula!
10. CAT BADAN TIKUS
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan
badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan.
Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain
berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
11. KULIT DURIAN
Letakan beberapa potongan kulit durian
tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang
menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke
rumah anda.
Petua halau tikus ini hanyalah untuk
orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus
akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma
jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.
13. BUAH KEPOMPONG
Letakkan beberapa biji buah kepompong
muda atau masak di sarang tikus.
Letakkan perangkap tikus (perangkap
jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.
15. TUTUP SEMUA LALUAN MASUK TIKUS
Tutup semua laluan yang membolehkan
tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan
sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.
Petua halau tikus yang terakhir ialah
dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam
bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan
perosak dan serangga yang lain.
17. LANTIK SYARIKAT PENGENDALI HAIWAN
PEROSAK (PEST CONTROL)
Kalau ada modal lebih, cari penyedia
servis yang benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini.
Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus mati. Maka, syarikat
seperti ini boleh membantu.
Jika ragu-ragu, rujuk portal rasmi
Kementerian Pertanian Malaysia untuk senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yang
berdaftar.
AKHIR KATA
Demikian beberapa tips atau petua halau
tikus dari kami. Selain itu juga, kebersihan rumah juga perlu dijaga kerana
sisa-sisa makanan boleh mengundang tikus. Sentiasa membuang sampah pada waktu
awal pagi dan malam supaya tikus tidak mencari sisa makanan di dalam rumah.
Sentiasalah mengawasi tahap kebersihan
di sekitar kawasan perumahan, dan penduduk boleh bekerjasama untuk
bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Akhir kata, kebersihan
menjamin kesihatan.
πsemoga bermanfaatπ
Jangan lupa Shareπ
πππ