Awas ditipu semasa mencari kerja. Zaman sekarang ni memang banyak
penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menipu mereka
yang sedang mencari kerja.
Bila dalam keadaan terdesak belum
bekerja, kadang-kadang kita akan kurang berhati-hati dalam
mencari kerja kosong. Apapun sanggup dilakukan untuk mendapatkan
pekerjaan.
Namun, sudah sewajarnya kita
perlu menggunakan logik dan berpikir secara rasional agar
tidak terjebak dalam penipuan kerja.
Oleh kerana itu kami ingin kongsikan
bagaimana cara untuk anda elakkan diri daripada ditipu.
Ciri-ciri Jawatan Kosong Penipu
Disini kami senaraikan ciri-ciri
jawatan kosong yang harus anda berhati-hati.
1. Mereka akan meminta
wang sebelum memproses permohonan atau latihan anda.
2. Memanggil anda
untuk ditemuduga dan akhirnya membuat ceramah untuk menyertai program MLM atau jualan
Piramid ( Jangan terpengaruh dengan kata-kata manis mereka)
3. Syarikat atau company yang meragukan atau jawatan yang mengelirukan
tidak mempunyai sebarang laman sesawang rasmi yang sah.
4. Jawatan kosong yang
meragukan dan memberikan kadar gaji yang tidak masuk akal dan
tidak setaraf dengan kelayakan.
5. Tidak mempunyai alamat rasmi atau enggan untuk menyatakan no pejabat dan
alamat pejabat.
Kelima-lima ciri-ciri diatas adalah
ciri-ciri jawatan kosong yang cuba untuk menipu anda. Jika anda menjumpai
ciri-ciri ini semasa memohon jawatan kosong anda harus berhati-hati atau terus
tinggalkan mereka ini.
Sebelum ini kami ada menulis
mengenai beberapa platform buat anak muda di luar sana yang masih mencari
pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka dan dipercayai selamat. Anda boleh
baca artikel tersebut di pautan dibawah.
Kami juga ada kongsikan beberapa
kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan walaupun tanpa memiliki
ijazah. Di Malaysia untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan,
kelulusan minima yang perlu dipenuhi adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
πsemoga bermanfaatπ
Jangan lupa Shareπ
πππ