Graduan pada masa kini seringkali
dikaitkan dengan tiada pekerjaan dan masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai
buat mereka. Namun, walaupun pasaran kerja sangat kompetitif generasi pada masa
kini amat mengambil berat tentang budaya kerja, persekitaran pejabat, pembinaan
pasukan dan lain-lain lagi.
Tetapi jaga-jaga juga terhadap scammer
dalam pencarian kerja, anda boleh baca Ciri-Ciri Jawatan Kosong Penipu yang
kami ada kongsikan.
Laman Pencarian Kerja
So, artikel kali ini kami akan
kongsikan kepada anda beberapa platform buat anak muda di luar sana
yang masih mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka :
a. ReferJobs.my
ReferJobs.my merupakan platform buat
anda dimana, pekerjaan yang mempunyai kekosongan akan disenaraikan dalam data
mereka khusus buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Perkara yang
paling bagus adalah, sekiranya individu tersebut mendapat pekerjaan, anda akan
mendapat ganjaran kewangan.
Pada asasnya, anda akan mendapat
ganjaran di antara RM500 hingga RM1500, bergantung kepada kekosongan itu.
Walaupun platform ini masih baru, namun permintaan mereka semakin meningkat
untuk memenuhi permintaan buat mereka yang masih mencari kerja.
b. JobStreet
JobStreet merupakan laman web sumber
kerjaya dan ianya merupakan satu portal pekerjaan terawal ditubuhkan di
Malaysia. Bermula pada tahun 1997, JobStreet kini adalah syarikat pekerjaan
online yang terbesar di Southesast Asia. Bagi graduan baru yang masih
mencari-cari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk bermula, maka JobStreet
merupakan platform yang terbaik buat anda. Menurut kajian dari JobStreet.com,
lebih 80% daripada majikan telah mengambil graduan baru untuk memberikan
peluang pekerjaan pada tahun 2014.
c. Wobb.my
Wobb.my atau Wobb (Working On Bean
Bags) bukan platform mencari kerja yang biasa. Laman web ini menyenaraikan
beberapa majikan yang dilakukan pasukan mereka sendiri. Buat mereka yang sedang
mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kawasan di
pejabat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat budaya mereka sebelum
menghantar permohonon tersebut.
Pada awal tahun ini, pasukan ini telah
mengeluarkan satu aplikasi mudah alih. Antara fungsi aplikasi ini adalah
memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari kerja di mana sahaja. Perkara ini
amat mudah dilakukan, daripada anda membuang masa dengan melalui proses yang
agak membosankan menghantar resume dan mengisi borang permohonan. Namun, dengan
aplikasi Wobb akan menyampaikan resume kepada syarikat pilihan anda sendiri.
Scoot merupakan platform dimana mereka
mengambil pekerja yang ingin bekerja separuh masa, tahap kemasukan dan graduan
baru di Malaysia. Sebagai permulaan, anda boleh memuat naik resume di Scoot,
namun mereka mempunyai peraturan mereka sendiri. Iaitu membuat resume secara
ringkas untuk memudahkan proses permohonan, serta majikan lebih mudah mengenali
tentang latar belakang anda.
Platfrom ini adalah salah satu
kemudahan buat mereka supaya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melalui
proses seperti “pm saya” yang sering tertera di Facebook dan sebagainya.
e. JOBi
Jobi adalah satu platform yang memberi
peluang kepada anda untuk mencari pekerjaan dengan lebih baik dan mudah. Mereka
menawarkan tiga jenis pekerjaan, seperti Part Time, Internship dan sukarelawan.
Platform ini juga merupakan mesra pengguna dan setiap kerja menyediakan
maklumat yang khusus seperti gaji setiap jam atau bulanan dan juga waktu
bekerja. Supaya mereka yang sedang mencari pekerjaan tahu pada waktu bila yang
sesuai untuk mencari kerja.
f. TribeHired
TribeHired merupakan platfrom dimana
syarikat sentiasa bersaing untuk mengambil pekerja yang berbakat dan yang
terbaik. Pada setiap minggu, TribeHired mencari seramai 100 orang yang berbakat
untuk bekerja. Majikan juga boleh memainkan video daripada data mereka yang
mempunyai peluang yang cerah dan berpotensi untuk diterima kerja. Selain itu,
mereka yang masih mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat dan
mengambil mana-mana tawaran yang ditawarkan untuk hadir ke sesi temu duga.
Startup Jobs Asia merupakan salah satu
platform untuk membantu syarikat yang ingin membuka perniagaan di Asia. Startup
Jobs Asia juga dicipta setelah melihat cabaran dan bakat baru buat anak-anak
muda yang ingin membuka perniagaan sendiri di Asia.
Jika anda berminat untuk menyertai
cabaran dan keseronokan bekerja dalam persekitaran yang baru, dan bukannya
sebuah syarikat multinasional, maka Startup Jobs Asia merupakan platform
terbaik untuk anda.
h. Wowintro
Wowintro adalah online platform dimana,
mereka yang sedang mencari kerja akan mempamerkan diri mereka melalui video
selama 30 saat. Perkara ini sangat berbeza dengan syarikat-syarikat yang lain
yang masih menggunakn resume. Ini merupakan satu kelebihan mereka diberi
peluang untuk mempamerkan kekuatan dan kemahiran berkomunikasi sebelum
mengambil mereka untuk bekerja. Dengan adanya Wowintro, anda tidak perlu lagi
risau untuk mencari berpuluh-puluh pekerjaan, kerana disini terdapat peluang
yang luas buat anda.
i. Intern.my
Intern.my merupakan salah satu peluang
yang terdapat di Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar. Platform ini adalah
sesuai untuk pelajar di luar sana yang sedang mencari peluang untuk praktikal
sebelum melakukan pekerjaan sepenuh masa. Namun, setiap pekerjaan yang
diberikan akan diberi elaun bulanan kepada anda.
j. MauKerja.my
MauKerja adalah satu platform cari
kerja kosong online yang menawarkan ribuan jawatan kosong dari sektor swasta
mahupun kerajaan di Malaysia untuk memudahkan warga Malaysia untuk mendapatkan
peluang pekerjaan. Dikategorikan mengikut negeri untuk memudahkan pencarian
anda.
πsemoga bermanfaatπ
Jangan lupa Shareπ
πππ