Menteri Pendidikan Tinggi mengumumkan satu statistik yang agak menakutkan. Seramai 54,103 orang graduan yang telah menamatkan pengajian gagal mendapatkan peluang pekerjaan. Jumlah tersebut merangkumi 22.7 peratus daripada jumlah keseluruhan graduan yang habis pengajian pada tahun lepas.
Walaupun
begitu, tahukah anda graduan berkemahiran apa yang susah hendak mendapatkan
peluang pekerjaan ini? Menerusi iluminasi.com, kami kongsikan 6 bidang
kemahiran yang graduannya sukar mendapatkan peluang pekerjaan, menurut laporan
Kementerian Pengajian Tinggi.
1) Pengurusan perniagaan/Pengajian perniagaan
Kebanyakan
kursus perniagaan bertujuan menghasilkan graduan yang arif tentang amalan
perniagaan dan pentadbiran. Graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding,
pentadbir atau mungkin juga usahawan yang professional. Semasa melalui kursus,
graduan telah pun disediakan ilmu dalam bidang pengurusan, perakaunan,
kewangan, pemasaran, ekonomi, undang-undang dan pelbagai lagi cabang lain.
2)
Sains Gunaan
Program
Sains Gunaan sebenarnya cukup penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana
ini merangkumi 4 cabang penting dalam bidang penyelidikan iaitu biologi, kimia,
geologi dan fizik. Tidak ada penjelasan khusus dari KPT berkenaan mana satu
cabang yang dimaksudkan terjejas teruk. Bidang sains gunaan bergantung kepada
cabang sains yang dipilih dan kebanyakan graduan yang terhasil dilatih untuk
mempunyai kemahiran dalam bidang penyelidikan, yang mungkin kurang diperlukan
dalam industri negara kita setakat ini.
3)
Pengurusan Sumber Manusia
Kursus
ini sebenarnya adalah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya
difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan. Kita semua
Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah Jabatan yang bertindak
menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan,
gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.
4)
Perakaunan
Jawatan
Akauntan adalah satu bidang yang memerlukan kelulusan professional namun tidak
memerlukan sumber pekerja yang ramai. Memerlukan kemahiran berkomunikasi dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap, graduan perakaunan mempunyai kemahiran
yang sangat spesifik jika dibandingkan dengan graduan-graduan lain seperti
perbankan atau perniagaan. Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA
sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit membuatkan ramai graduan
akauntan tiada peluang pekerjaan.
5)
Seni
Tidak
ada perincian kursus tentang kemahiran seni mana yang dimaksudkan tetapi kami
merasakan melihat keadaan ketika ini, kebanyakan graduan yang susah hendak
mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni
reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil, logam dan lain-lain.
Graduan yang keluar sebenarnya mempunyai kemahiran yang cukup tinggi tetapi
dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan,
persaingan ini nampaknya semakin tidak menguntungkan graduan-graduan.
6)
Sains Sosial
Sains
sosial meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, komunikasi, geografi,
sosiologi, hubungan antarabangsa dan hubungan industri sebagai contoh, namun
permintaan untuk bidang-bidang ini semakin lama semakin menguncup. Kekurangan
keperluan pakar dalam bidang ini terutamanya pada sektor swasta menyukarkan
graduan mendapat tempat dalam industri yang kini bergerak ke arah lebih mencari
pakar-pakar yang mempunyai kemahiran praktikal.
Sebagai
maklumat tambahan, bukan sahaja di Malaysia mengalami masalah ini. Di Australia
juga, masalah graduan sains yang menamatkan pengajian tanpa mendapat peluang
pekerjaan juga berlaku.
Di
negara-negara United Kingdom juga dilaporkan, hampir 50 ribu graduan dalam
pelbagai bidang terpaksa bekerja dalam bidang yang langsung tidak memerlukan
kelulusan pendidikan tinggi, seperti pekerja kilang, penghantar barang dan
pekerja am. Daripada keseluruhan jumlah graduan pada tahun 2016, 14 ribu
graduan langsung tidak bekerja.
Jelaslah,
fenomena ini bukan sekadar berlaku di negara kita, tetapi juga di negara-negara
lain. Saya pasti KPT mempunyai idea untuk menangani permasalahan ini namun
persoalannya - adakah pendidikan tinggi patut dibentuk oleh kehendak industri
yang akan menempatkan graduan-graduan ini selepas tamat belajar atau pendidikan
tinggi sepatutnya mencorakkan industri yang akan dibentuk dalam negara?