Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

MERANCANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Merancang 10 malam terakhir Ramadhan 10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul-Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan. Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang bererti kita merancang untuk gagal. Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini: 1. Qiam dengan menunaikan solat sunat. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang qiam pada lailatul-qadar dengan iman dan ihtisab, diampunkan dosanya yang lalu.” (Al-Bukhari) Qiam merupakan aktiviti yang paling utama kerana dengan qiam itulah dijanjikan pengampunan dosa yang lalu. 2. Iktikaf. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf 10 malam terakhir Ramadhan. Dan pada tahun terakhir sebelum baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari. 3. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 mal