Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

TeacherNet2U : Tips Persediaan Ramadhan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan kita menyambut bulan ramadhan. Persiapan dari segi lahiriah, ilmu dan juga fizikal juga penting sebelum bermulanya bulan yang penuh barakah ini. Persediaan Fizikal.  Apakah yang harus dilakukan dalam persiapan fizikal agar dalam keadaan yang optimum dan betul-betul bersedia. Lakukan latihan berpuasa (training). Antaranya adalah dengan amalan berpuasa sunat hari isnin dan khamis, sedikit demi sedikit (tidak semestinya setiap hari), sebelum menjelang puasa sebenar iaitu Ramadhan. Ini untuk memastikan perut boleh menyesuaikan fisiologinya dengan situasi berpuasa dan tidak terlalu ‘terkejut’ dengan puasa sebenar di bulan Ramadhan. Sekarang mungkin ramai (yang beragama Islam) sudah dapat mengaitkan kenapa kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Mulakan dengan membina momentum puasa itu. Pastikan untuk  mengambil makanan yang tidak berat(ringan) 1-2 jam sebelum tidur  (tetapi tidaklah terlalu mengenyangkan), terutamanya